16 Julai, 2012

Tangisan

Bergelora lagi...
Tangis si kecil itu hatinya luka
Tangis ibu meraung cintakan bapa
Gugur lantaran zalimnya manusia
Tiada belas, tiada kasihan
Tidak berhati, berjiwa binatang
Saban hari...
Darah Syuhada mengalir hanyir
Membasah bumi suci 
Menghampar setiap inci kontang padang pasir
Ibu hilang suami, anak hilang bapa
Meraung penuh dendam kesumat mendalam
Mahu melawan, daya tidak pernah ada
Melawan juga, gugur pula
Perjuangan panjang itu bila noktahnya
Di sini senyuman mekar, di sana senyum tiada
Hanya dendam dan aiar mata
Menaburi bumi suci rebutan semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan