Mimpi sekali…
Datangnya bersama angin kering padang pasir
Tika aku terduduk kehausan di bawah renik kecil
Diiringi rebut pasir yang menyerap terus ke dalam hidung
Bahangnya panas kering memeritkan
Seperit hidupku semalam
Tiba-tiba kau hadir…
Menoleh sekali lalu ukirkan senyum penuh makna
Selubung kepalamu berwarna putih bersih
Langsung tak berbekas walau pasir membias
Rerambut di dagumu bersih dan panjang
Wajahmu berseri cahaya, tiada tandingan di bumi ini
Tika aku masih terpaku…
Kau berlalu tinggalkan seribu persoalan
Aku tahu ,itu kau yang sebenar
Kerna naluriku terlalu kuat merasa
Kerna ada kuasa yang memberikan aku makna
Aku pasti, itu kelibat mu
Selepas kau menghilang…
Ku buka helaian-helaian fikirku
Yang lama dan tersimpan dalam memori sendiri
Ku salami diri sedalam-dalamnya
Aku cari aku, di manakah aku
Aku sedar aku terlalu jauh
Aku tahu…
Aku perlu mula melangkah
Mengembara mencari hakiki
Menyusur setiap denai dan lorong
Katika aku tersesat dulu
Untuk kembali ke tepat asalku
Aku sedar…
Lorong-lorong itu perlu ku tinggalkan
Nota panjang itu perlu ku bakar segera
Biar jadi abu, jangan langsung tinggal arang
Biar terus hilang, jangan langsung ada sisa
Biar hanya aku sendiri, tanpa nota-nota itu
Aku mengeriti…
Mimpi itu adalah tanda untuk aku
Kehadiranmu adalah amaran untuk aku
Aku bersyukur
Kerna masih ada hari untuk aku
Kerana masih ada kasih untuk aku
Kasturi Muhamad
2 Julai 2012
9:50 PM
Desa

Tiada ulasan:
Catat Ulasan