16 Julai, 2012

Misteri Bakawali

Tika malam tenang...
Hadir haruman bakawali bersama bayu lembut
Menyapa ruang hidu penuh sopan dan perlahan
Sayup-sayup di hujung nafas... Antara rasa dan tidak
Segar aromanya bagai segar hembusan nafas dini
Mengundang Misteri-misteri kepercayaan lama
Mebawa bersama rindu-rindu si tua dahulu kala
Senyuman berkerut penuh ilmu di dada
Ingat pesan mu... Bakawali itu Melayu
Amal mantera mu... Kebal tubuh kebal jiwa
Ikut langkah mu... Walau jauh pulang jua
Dan padang kita selalunya hijau
Bakawaliku...

Kasturi muhamad
20 Jun 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan