16 Julai, 2012

Senyum


Senyum indah bagai bunga
Di dalam hati sering bertanya
Ikhlasnya ada di mana?
Sedekahnya benarkah sedekah?
Atau hanya penyeri bibir
Atau sekadar peneman rakan

Senyum siang
Malamnya adakah senyum
Atau lara menghimpit dalam sepi
Juga pahit mendamping diri
Melayar kisah sendiri
Mencari noktah duka

Senyum pagi
Segar sedingin kabut
Membungkus rahsia ibu rahsia
Sembunyi rasa dalam tawa
Senyum pengubat duka teman
Senyum penyeri ruang hitam

Senyum
Manis dalam pahit
Pahit dalam duka
Duka dalam lara
Manis dalam manis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan