Di satu perhentian
Aku mendakap erat riak hati yang mengharukan
Yang datang bersama rimbunan-rimbunan rasa penuh gelora
Bersama desiran angin rindu yang menyapa lembut
Menyegarkan jiwa yang hilang dalam kesatan
Di perhentian semalam
Aku mencari sekarung kenangan yang ku tinggalkan dulu
Mahu menganyam menjadi hamparan harapan yang abadi
Mahu lena diulit mimpi-mimpi nyata yang punya pengertian
Mahu bangun dengan senyum tawa yang punya keikhlasan
Di perhentian ini
Kususun bilah-bilah sejarah menjadi simpulan-sipulan senyuman
Menanti hari-hari yang damai di lubuk hati yang hakiki
Marangkum kasih-kasih tertinggal dalam lelah nafas bersisa
Perhentian ini berikan seribu makna... Beterbangan bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan