Keindahan pandangan mata tidak semestinya indah pada pandangan hati. Namun, sekurang-kurangnya ada juga keindahannya berbanding dengan sesuatu yang langsung tiada keindahan sama ada pada mata atau hati...
18 Julai, 2012
Satu
Debu-debu kelabu
Beterbangan bebas
Menusuk jiwa
Melakar garisan-garisan kotor
Membalut tubuh-tubuh hitam
Cecair-cecair hanyir
Membusuk dalam kuali usang
Basi dan berkulat juga berulat
Membaris noda-noda lama
Menyusun dosa-dosa silam
Tangan-tangan kematu
Membelai ruang-ruang nafsu
Merobek suci anugerah
Merentap kudus nikmat dan rahmat
Dalam perjalan mengejar kepuasan
Rintik-rintik halus gerimis pagi
Segar memutih di hujung lalang
Mengundang pilu jiwa penyair gila
Merentap sesal gelandangan berpaksi rasa
Merobek ego perindu yang rakus
Hanya satu…
Berikan segala yang ada
Kurniakan segala yang nikmat
Turunkan segala yang anugerah
Rampas apa yang dimahu
Hanya satu…
Sesal bersarang, berlabuh di sana
Nafsu bergolak berakhir di sana
Hanyir warna-warna, harum di sana
Kotor debu-debu, putih bersih di sana
Hanya satu…
Tangan-tangan kematu mati membeku
Jiwa-jiwa gila mula mengulit rasa
Cinta-cinta jahil berakhir kudus
Mimpi-mimpi khayal berkubur dalam damai
Kasturi Muhamad
19 Julai
2:26AM
Desa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan