15 November, 2009

Cinta

Korang faham ka apa maksud cinta? Aku ni nak kata faham, kadang-kadang rasa macam tak faham. Nak kata tak faham, kadang-kadang rasa macam faham. Tak taulah yang mana satu.
Semalam, masa aku nak tido, aku tersenyum sendiri. Dengan kepala beralaskan bantal yang petanya mengalahkan Glob, aku terpikir soal Cinta. Aku percaya cinta memang ada. Yalah, cinta kepada Allah, kepada negara dan macam-macam cinta lagilah. Tapi apa yang buatkan aku konpius semalam tu ialah cinta antara lelaki dan perempuan.
Yalah beb... korang tengoklah budak-budak muda yang mabuk bercinta. Amboi, sampai tak ingat dunia. Tak kira depan orang tua ka, budak kecik ka, rasa nak pegang tangan, pegang. Rasa nak peluk, peluk. Macam duduk dekat negeri orang putih dah rasanya.
Tapi, sedih pulak bila terkenangkan lepas pasangan-pasangan ni kawin nanti. Yalah, hari pertama kawin, memanglah manis. Bulan pertama manis jugak, tapi bila dah lama sikit, dah kenal hati budi dan perangai masing-masing, mesti ada yang jadi tak tentu arah. masa tulah keluar semua perangai buruk.
Perangai suka pukul bini pun masa tulah dia tunjuk. Orang perempuan pun sama jugak. Dah terlalu ramai tak mau ikut cakap laki. Lebih jauh lagi ramai jugak yang tak hormat laki sendiri, tapi lebih horatkan kawan-kawan.
Betul ke beb kalau aku kata punca sebenar perceraian tu sebab benda yang aku tulis ni? aku pun tak pasti, tapi aku rasa yalah kot.
Pikir-punya pikir, akhirnya aku buat satu teori (ewah, macam pakar akademik pulak aku ni) bahawa cinta anta lelaki dan perempuan tu hanyalah mainan perasaan. Maksudnya, kalau seseorang lelaki atau perempuan tu suka seseorang dan dia tak terlalu pikirkan pasal orang tu, lama-lama perasaan tu boleh jadi hambar dan macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Kau orang pun tau kan lambang cinta Taj Mahal tu. Juga cerita Romio dan aweq dia tu... Tapi bagi akulah, itu cuma perkara yang diperbesarkan. Kalau kita belajar dan kaji sejarah nabi Muhammad S.A.W. Tak pula aku pernah tau ada cerita tentang cinta agung antara Baginda dengan perempuan-perempuan masa tu. Tak pulak dia suruh umat dia bercinta sampai sanggup berenang di lautan api.
Bacalah cerita pasai Rasulullah, yang ada cerita dia cintakan tuhan. Yang ada cerita kesetiaan isteri dia. Memanglah ada cerita kasih sayang dia terhadap isteri, tapi tak terlalu menonjol.
Korang fikirlah beb... Baik ka kalau 'CINTA' antara lelaki dan perempuan tu (untuk yang belum kawin) melampau2 sangat? Bagi akulah, benda tu hanya melalaikan. Benda tu hanya merosakkan. Aku ingat lagi pada hari Khamis malam jumaat lebih kurang 10 tahu lepas Datuk Harun Din ada kata dalam Forum Perdana Ehwal Islam di TV1. Katanya "Cinta itu murni, tapi kalau cinta disalahgunakan, ia akan membawa manusia ke arah kemungkaran". korang setuju ke dengan apa yang dia kata tu beb? Korang rasa sekarang ni cinta (fokus kepada orang malaysia dah lah ya) yang selalu menguasai hampir keseluruhan perasaan manusia tu murni ka?
Bagi akulah, kebanyakan cinta antara lelaki perempuan yang aku tau langsung tak murni. Yalah, dah nama bercinta, mestilah nak berdua-duaan jugak kan. Takkanlah bercinta nak bawak kawan ka, adik beradik ka pi dating ramai-ramai. Soalnya, bila berdua-duaan, ada pula yang ketiga, Syaitan. Dan Syaitan nilah yang paling jahat.
Mula-mula Syaitan ni hasut supaya rasa cinta tu mebuak-buka dulu. lepas tu dia hasut pulak supaya nafsu naik. Sudahnya macam-macamlah terjadi. Kalau tak sampai terlanjurpun, sekurang-kurangnya pegang tangan. Dah kompom pegang tangan pun berdosa kalau bukan muhrim. betul dak?

1 ulasan:

  1. Memang penyokong Kelantan ganas dan tak bertamadun. Pengurusan team Kelantan pun macam tak kisahpun penyokong dia buat macam tu.
    FAM pula macam tak nak hukum Kelantan je.berbaloi ke dengan RM50,000. Boleh merayu pulak tu.

    BalasPadam