Memang betullah istilah 'sempitnya dunia' yang selalu orang pakai tu. Pusing-pusing, tak ke mana jugak. mesti balik ke situ.
Cerita ni bukan pasal apa, tapi sekadar kisah seorang teman...
Aku ni ada la seorang kawan yang ada makwe. Lawa beb makwe dia. Ala-ala model gitu. Tapi nak kata paling lawa tu taklah jugak sebab masih ada orang lain yang jadi Miss Univers. Cuma dia ni dari jenis yang baka lawa-lawa semualah kot. Kawan aku ni pulak taklah hensome. Muka cukup-cukup makan je, tapi makwe dia tersangkut jugak.
Yang kurang enaknya tu masa dia orang bercinta tu masing-masing dah kawin. masing-masing dah ada anak. Lama juga hubungan dia orang ni berjalan. Dan dalam masa tu dah banyak perkara jugak yang berlaku (yang aku tau lah beb. Yang aku tak tau, no komment).
Nak dijadikan cerita, satu hari tu kawan aku keluarlah berjalan-jalan di KL. dah muak pusing Kota Raya sebab tengok semua muka-muka Mat Bangla dengan Myanmar dan yang seangkatan dengannya je, dia pun pergi pulak KLCC. Di taman yang cantik tu dia ternamkap sepasang laki bini yang tak sudah-sudah bergaduh depan orang ramai yang lalu lalang. Meraung kuat bini dia sebab si laki terkantoi keluar dating dengan Aweq Indon hari tu. Apa lagi, macam konsert freelah kat situ.
Tapi, kata kawan aku, apa yang buatkan dia sedih ialah ketika laki bini tu bergaduh sakan tu, ada anak pasangan tu yang umurnya lebih kurang lima tahun sedang menangis. Kesian kawan aku tengok. Nasib baiklah ada sorang aweq Cun ni tolong pujukkan sebab masa tu mak bapak dia dah lupa dunia. Dah tak ingat bahawa dia orang ada anak.
Balik dari KLCC, kawan aku ni tak sudah-sudah teringatkan peristiwa tu. Dia tak sudah-sudah terbayangkan muka anak pasangan tu yang memang cute. Memang kalau dah besar nanti, kalau setakat nak jadi model iklan sabun tu senang-senang sajalah.
Banyak hari jugak member aku terpikir benda tu beb... Mana taknya, dia pun sedar dia sedang baik punya bercouple dengan bini orang. Ada anak pulak tu. Yang lebih dia sebak, apabila dia teringatkan anak-anak dia sendiri.
Bukan dia tak tau kalau dia jadi macam pasangan di KLCC tu, mesti hidup anak-anak dia susah. kalau tak susah bab duit pun, mesti dia orang tertekan. Yalah, takkanlah kecik macam tu nak hidup asing daripada mak bapak. Lebih daripada tu dia pun terfikir jugak anak-anak makwe dia tu... kesian dia dengan dia orang.
Member aku ni memang jenis yang kalah dengan budak-budak. pikir punya pikir akhirnya dia buat keputusan yang memang dia sendiri tak seronok. Dia berhenti kerja walaupun itulah punca rezeki dia nak bela anak bini.
Korang tau beb... bila aku tanya kenapa dia berenti kerja, dia kata kalau dia tak berenti maksudnya hubungan dia dengan bini orang tu tak akan berakhir. yalah, mana taknya sebab time tu cinta dah bagai nak rak. Dah mengalahkan cinta orang muda-muda. Bila aku fikir balik kata-kata dia, aku sokong. Tak apalah, kerja lain banyak lagi. Bukan situ ja periuk yang ada.
Nak dijadikan cerita... member aku ni memang tak boleh lupa makwe dia tu. Walaupun tak selalu dia berhubung, tapi ada jugak dia buat.
Satu hari yang memang dia tak sangka... dia dapat tau bahawa makwe dia dah cerai dengan laki dia. Dia mula rasa bersalah. Bukan ja rasa bersalah dekat laki makwe dia tu, tapi dekat anak-anak makwe dia jugak. Ayaq mata jugak dia pikir benda tu. Dia kata dia terbayang-bayang muka anak makwe dia yang cute tu. Aku buat donno ja... Lantaklah, dia yang cari pasal, sendiri mau ingatlah kan...
Lepas tu, dahlah rasa bersalah, dia dapat tau pulak satu cerita. Bekas Makwe dia jugak yang cerita. katanya bekas makwe dia dah ada balak baru. Dia pun kenal balak tu sebab memang dari dulu lagi dia jeles dengan jantan tu.
Masa dia cerita dekat aku, dia kata memang dia dah agak jantan tu pun nakkan makwe dia. jadi, time tu dia memang tak suka kalau makwe dia baik-baik sangat dengan jantan tu. sampaikan banyak kali jugak dia gaduh dengan makwe dia pasal jantan yang bagi akulah, bukan saja tak datangkan kebaikan dekat kawan aku ni, malah keburukan pun belum tentu. Yalah, nak peduli apa sebab jantan tu bukan sapa-sapa pun. tak ada apa yang istimewa pun.
Akhirnya dia tanya aku, apa istimewanya makwe dia tu sampai ramai yang nakkan dia. Terkejut beruk aku bila dia tanya. yalah, aku bukan kenal makwe dia pun. tup-tup nak aku bagi tau di mana istimewanya bekas makwe dia pulak. last sekali aku katalah dekat kawan aku tu... "Bukan x makwe hang istimewa, tapi hang yang gatai. Dah ada anak berderet pun tak sedaq diri."
Marah dia dekat aku sebab kata macam tu. Tapi aku buat donno jugak. yalah, kalau bukan gatai, nak panggil apa lagi? Cinta? cinta tu apa? Perasaan ja kan. Kalau kita tak terlalu pikir, lama-lama apa yang dipanggil cinta tu akan hilang jugak. Betoi dak?
Malam lepas dia cerita pasai benda tu dekat aku, aku pulak tido tak mau lena. Aku terpikir benda tu pulak. Yalah, aku pelik jugak dengan manusia (termasuk aku sekalilah) yang tak penah puas hati dengan apa yang ada. Selalu sangat buat benda-benda yang macam tu. Yalah, dah tau ada anak bini, janganlah buat macam tu lagi.
Tapi, bila aku pikir balik, lain pulak yang datang. Aku yakin, kalau tak ada apa-apa yang berlaku kepada rumah tangga dia, takkanlah dia nak buat macam tu. Mesti ada sesuatu yang tak selesa. Susah jugak nak hukum membuta tuli ja. Pening kepala aku. Sahla otak ni macam nak beku nak siapkan manuskrip, datang pulak benda-benda tu dalam otak aku.
Last-last aku cuba buat donno ja. Tapi tak taulah boleh ke tak sebab sampai sekarang, ada jugak sikit-sikit benda tu kacau kerja aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan