Kesilapan orang besar, merananya rakyat jelata
Kononnya mahu bebas dari Siam
Kononnya membantu pertahankan nusa
Namun tanah sendiri jadi milik orang
Permata di bumi sendiri jadi perhiasan orang
Sumpah moyangku dulu adalah ikrarku
Demi nusa; darahnya terpercik ke setiap inci tanah
Menghunus keris warisan lama, menentang tanpa gentar
Biar di sebelahnya gugur rakan sepermainan
Di depannya, rebah mahaguru paling dihormati
Langkahnya tetap tega
Demi sebuah kemerdekaan
Sumpah dulu adalah air mata pelarian di bumi sendiri
Merayu secawan beras hasil bendang ibu
Saudaraku si gadis sunti diratah depan ayah
Adik menangis dengan lagu sumbang
Air mata kontang di sungai harapan
Mati segenap rasa...
Hinanya bangsaku; tempatnya paling bawah
Terperuk dalam trauma amat hebat
Sumpah datukku dulu adalah dendamku
Perit keringat diperah di landasan kematian adalah amarahku
Cukup... cukuplah setakat ini
Jangan sampai bumi berdarah lagi
Jangan sampai nusa jadi milik orang lagi
Tanah ini milik kita
Kitalah kuasanya....

Kasturi Muhamad
30Ogos2012
9:05PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan